Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

Kos Bil Eletrik Dan Air Rumah Perdana Menteri & Timbalan RM160,000 Sebulan

Dengan kenaikan tarif eletrik terbaru yang rata-ratanya kesemua rakyat tidak bersetuju, Kerajaan meminta rakyat memahami keadaan kewangan dan ekonomi Malaysia serta kenaikan subsidi yang dikatakan membebankan. Tapi, bak kata pepatah “Macam ketam mengajar anak berjalan”, bil elektrik rumah Perdana Menteri dan juga Timbalan pula sampai RM 160,000 sebulan. Kos bil air kedua-dua rumah pula adalah RM 33,000 ribu sebulan. Apa kejadah! Pakai apa dalam rumah sampai bil eletrik dan air sampai begitu tinggi? Bagi kami, ini sememangnya membazir. Sangat membazir! “Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.