Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2016
cikgu bersara, murid wajib derma Rm1.00. semalam ketika makan tengahari salah seorang sahabat saya meluah rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta Rm1.00 seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara. "sekolah ni ingat ibubapa ni cop duitke?, dah la yuran pibg mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan, ni cikgu nak bersarapun anak murid kena bagi duit untuk bagi hadiah. cikgu ni sesak sangat ke?", luahnya kasar. saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang saya suap ke mulut. saya tidak jadi memakannya. " ye la, anak akupun sama. semua minta duit rm1.00 untuk cikgu nak bersara tu. anak aku tiga orang, dah kena bagi extra rm3 semalam", balas saya dalam beremosi. dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong. "kau tau tak, anak aku cerita, tahun lepaspun ada guru bersara juga, samalah semua murid kena bayar rm1.00 seorang. masa hari guru tu, ci