Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Pengenalan Kepada Twitter

Beikut ini adalah tutorial cara menggunakan Twitter , serta tips dan trik menggunakan twitter . Cara paling mudah menggunakan Twitter adalah mengenal apa itu Twitter? dan simbol serta istilah-istilah di Twitter . Pastinya tips ini bukan untuk mereka yang sudah mahir, tips ini bagi anda yang mungkin baru saja mendampingi laman sosial yang unik ini. Baik seterusnya, Twitter tidak jauh beza dengan Facebook dan laman sosial yang lainya, iaitu bertujuan untuk berkongsi atau bertukar informasi kepada semua yang menggunakannya. Di Twitter anda hanya boleh menaip di status sebanyak 140 huruf  sahaja. Jadi seseorang pengguna itu harus pintar dalam memilih kata, ada baiknya di singkat yang penting boleh dan mudah di Fahami. Sebelum melangkah lebih jauh bagi yang belum punya account Twitter silakan daftar di sini . Bagi yang sudah punya namun masih binggung ada baiknya kita mengenal istilah-istilah dalam Twitter di bawah ini agar tidak bingung. ISTILAH dan SIMBOL di Twitter Bagi y

Cara Disable Right Click

Tidak ramai orang yang memasang fungsi Disable Right Click pada web/blognya, tujuan utama mereka memasang fungsi ini ialah untuk menghalang seseorang menyalin sebarang artikel/entri ke web/blog lain, namun ramai juga orang yang bertanya, bagaimanakah caranya untuk mengambil gambar dari sebuah web/blog yang menggunakan fungsi Disable Right Click? Fungsi Disable Klik Kanan mempunyai script tambahan tersendiri, biasanya script tersebut menggunakan JavaScript, jadi apa yang kita lakukan adalah menghilangkan fungsi JavaScript tersebut. Tutorial ini untuk pengguna browser Mozilla Firefox sahaja. Tak tahu pulak kalau fungsi ini ada pada browser yang lain saperti IE.... Tutorialnya seperti berikut : * Pertama sekali cuba buka web/blog yang menggunakan fungsi disable klik kanan dengan browser mozilla firefox. * klik Tools pada menu mozilla firefox di atas sebelah kanan anda. * Klik Options. * Seterusnya pilih Content. * Hilangkan tanda pada Activate JavaScript. * Ok.

Melayu, Aurat dan Islam

Salam Sejahtera, Selesai sudah ibadah haji di Mekah, kini umat Islam seluruh dunia menunggu giliran untuk pulang ke negara masing-masing. Penerbangan pulang ke Malaysia yang pertama telah tiba semalam 12 Nov 11 di KLIA. Syabas kepada mereka yang telah selamat menunaikan haji semoga mendapat haji mabrur. Kepada mereka yang telah mendaftar tetapi belum lagi terpilih, jangan berputus asa banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah Ta'ala semoga terpilih dikalangan umat Islam yang bakal menunaikan haji tahun hadapan. Insya'allah. Apa yang ingin saya sentuh pada artikel kali ini adalah berkaitan dengan aurat bagi kaum wanita. Antara sedar atau tidak ramai kaum wanita memakai tudung bagi menutup rambut tidak lebih daripada berfesyen semata-mata. Ianya tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Amalan sebegini bertebaran dan berleluasa di negara ini. Apakah puncanya terjadi perkara sedemikian sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam dan diperintah oleh orang

Muammar Qaddafi dan LIBYA

( Muammar Gaddafi bersama Presiden Mahmoud Abbas didalam khemahnya ) Salam Sejahtera. Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat! Malang sekali apabila ada rakyat Libya yang terpengaruh dengan dakyah Barat, mempertuhankan demokrasi dan hak kebebasan manusia tanpa batas acuan barat, memilih untuk menggulingkan pemerintah yang banyak berjasa kepada mereka! Cuba mike tengok apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Mua'mar Al Qaddafi: 1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minya

Kos Bil Eletrik Dan Air Rumah Perdana Menteri & Timbalan RM160,000 Sebulan

Dengan kenaikan tarif eletrik terbaru yang rata-ratanya kesemua rakyat tidak bersetuju, Kerajaan meminta rakyat memahami keadaan kewangan dan ekonomi Malaysia serta kenaikan subsidi yang dikatakan membebankan. Tapi, bak kata pepatah “Macam ketam mengajar anak berjalan”, bil elektrik rumah Perdana Menteri dan juga Timbalan pula sampai RM 160,000 sebulan. Kos bil air kedua-dua rumah pula adalah RM 33,000 ribu sebulan. Apa kejadah! Pakai apa dalam rumah sampai bil eletrik dan air sampai begitu tinggi? Bagi kami, ini sememangnya membazir. Sangat membazir! “Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.