Salam Sejahtera,
Selesai sudah ibadah haji di Mekah, kini umat Islam seluruh dunia menunggu giliran untuk pulang ke negara masing-masing. Penerbangan pulang ke Malaysia yang pertama telah tiba semalam 12 Nov 11 di KLIA. Syabas kepada mereka yang telah selamat menunaikan haji semoga mendapat haji mabrur. Kepada mereka yang telah mendaftar tetapi belum lagi terpilih, jangan berputus asa banyakkan berdoa dan memohon kepada Allah Ta'ala semoga terpilih dikalangan umat Islam yang bakal menunaikan haji tahun hadapan. Insya'allah.
Apa yang ingin saya sentuh pada artikel kali ini adalah berkaitan dengan aurat bagi kaum wanita. Antara sedar atau tidak ramai kaum wanita memakai tudung bagi menutup rambut tidak lebih daripada berfesyen semata-mata. Ianya tidak menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh syarak. Amalan sebegini bertebaran dan berleluasa di negara ini. Apakah puncanya terjadi perkara sedemikian sedangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam dan diperintah oleh orang Islam, sejauh manakah keislamannya itu. Tak wajar kiranya saya mempertikaikan tentang tahap kefahaman seseorang itu tentang Islam sedangkan dia adalah seorang islam. Ini semua hanyalah Allah Ta'ala yang maha mengetahui. Islam adalah mudah sebab itu ramai yang mengingkari perintah Allah Ta'ala sewenang-wenangnya. Pangkat, darjat, serta kedudukan dipandang tinggi oleh masyarakat malaysia sekarang, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan seperti bersalam-salaman tanpa beralas semakin menjadi-jadi dan perkara sebegini diambil mudah dan yang mengamalkannya bukan orang lain tetapi Pemimpin atasan yang mentadbir sebuah negara yang majoriti dihuni oleh orang Islam. Ingat Allah Ta'ala tidak menurunkan bala kepada individu tetapi kepada semua mereka yang berada di suatu tempat itu. Menutup aurat sekadar memenuhi tuntutan berfesyen dan bukan kerana Allah Ta'ala samalah juga dengan mereka-mereka yang mempersendakan suruhan Allah Ta'ala.

Comments
Post a Comment