Skip to main content
cikgu bersara, murid wajib derma Rm1.00.

semalam ketika makan tengahari salah seorang sahabat saya meluah rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta Rm1.00 seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara.

"sekolah ni ingat ibubapa ni cop duitke?, dah la yuran pibg mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan, ni cikgu nak bersarapun anak murid kena bagi duit untuk bagi hadiah. cikgu ni sesak sangat ke?", luahnya kasar.

saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang saya suap ke mulut. saya tidak jadi memakannya.

" ye la, anak akupun sama. semua minta duit rm1.00 untuk cikgu nak bersara tu. anak aku tiga orang, dah kena bagi extra rm3 semalam", balas saya dalam beremosi. dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong.

"kau tau tak, anak aku cerita, tahun lepaspun ada guru bersara juga, samalah semua murid kena bayar rm1.00 seorang. masa hari guru tu, cikgu tu dapat 'hand bag' mahal!. pastu dekat dua jam jugalah semua murid tak belajar sebab kena raikan guru bersara", jelas saya lagi.

"apa kerja cikgu ni?, dah la gaji mahal, masa bersara murid wajib bagi derma rm1.00, waktu belajar muridpun dia kacau. memang melampau!", kata sahabat saya sambil mengetuk meja. marah benar dia dengan pentadbiran sekolah yang menyalahgunakan masa pembelajaran murid dan memaksa murid menderma untuk guru yang bersara.

"kau tau kan, sorang murid wajib bagi rm1.00, kalau 500 murid dah rm500. pergh! memang beg mahallah dapatnya." kata saya lagi, dia angguk lagi sambil makan dengan asyik.

"pada aku, sepatutnya pihak sekolah minta rm100 seorang, itupun paling kurang", barulah dapat beli hadiah besar sikit", kata saya. dia menyoal kata-kata saya yang dianggap kurang waras.

"begini, dalam 365 hari setahun, hanya ahad je anak-anak kita full time di rumah. selebihnya memang di sekolah dengan cikgu-cikgu. iyelah, dengan kelas tambahan, kelas agama, taekwando, pengakap, kem motivasi, hari kantin dan macam-macam lagi. urusan belajar, adab, solat, mengaji dan bersahabat... semua kita sub-contract pada cikgu dan sekolah. aku rasa rm100 seorang murid bayar tu pun tak memadai untuk jasa cikgu tu."

"mungkin masa mesyuarat pibg nanti, ko sokong aku jadi pengerusi pibg yang baharu, aku dapat kuasa nanti aku wajibkan semua pelajar 'start' masuk darjah satu, kena simpan rm1 sehari untuk tabung hadiah hari persaraan guru. memang boleh minta derma pada syarikat swasta untuk sponsor, tapi baik minta dengan pelajar untuk bagi mereka sedar bahawa nilai yang ada pada diri mereka tu meningkat tahun demi tahun tu adalah kerana didikan daripada guru-guru inilah", kata saya panjang lebar.

sahabat saya itu segera menghabiskan makanannya dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.

aduhai, cakap benda betulpun dah sentap.

Comments

Popular posts from this blog

Proses Jual Beli Air Mani Di China

Mohon maaf jika gambar terlampau ekstrem. Sebagai informasi untuk semua Pernahkah anda mendengar istilah donor sperma atau jual beli sperma? Mungkin istilah tersebut sudah tidak asing lagi. Daripada kita terus bertanya-tanya dimana tempat jual beli sperma atau donor sperma, mungkin ada baiknya kita intip dulu gambar-gambar kegiatan jual beli sperma atau donor(derma) sperma di China.  Syarat untuk menjadi seorang penderma sperma bukanlah pekara yang susah asal berbadan sihat dan tidak memiliki sejarah penyakit yang membahayakan Anda sudah boleh mendermakan sperma Anda. Untuk mendermakan spermanya, si lelaki tersebut hanya perlu mengganti pakaiannya dan berbaring terlentang menunggu 'pelayanan' dari para jururawat. Lelaki ini akan dilayani oleh seorang jururawat yang siap untuk 'memproses' alat vital atau penis mereka agar boleh mengeluarkan sperma yang diharapkan, dengan cara masturb atau onani di dalam ruangan terbuka dengan para penderma dan jururawat lainnya. ...

Kos Bil Eletrik Dan Air Rumah Perdana Menteri & Timbalan RM160,000 Sebulan

Dengan kenaikan tarif eletrik terbaru yang rata-ratanya kesemua rakyat tidak bersetuju, Kerajaan meminta rakyat memahami keadaan kewangan dan ekonomi Malaysia serta kenaikan subsidi yang dikatakan membebankan. Tapi, bak kata pepatah “Macam ketam mengajar anak berjalan”, bil elektrik rumah Perdana Menteri dan juga Timbalan pula sampai RM 160,000 sebulan. Kos bil air kedua-dua rumah pula adalah RM 33,000 ribu sebulan. Apa kejadah! Pakai apa dalam rumah sampai bil eletrik dan air sampai begitu tinggi? Bagi kami, ini sememangnya membazir. Sangat membazir! “Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. ...