Skip to main content

Mansuhkan Tol Batu Tiga dan Sg. Rasau


Shah Alam toll protest13 Mei 12, satu demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat Selangor telah di adakan di Plaza Tol Batu 3, Shah Alam bermula jam 2 dan berakhir pada jam 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor. Ianya turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Selain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.

Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah Alam itu telah pun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.

Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

"Selepas 20 tahun digunakan dan meraih puluhan ribu ringgi setiap hari, tidakkah patut mereka mansuhkan tol ini sekarang?," soalnya.

Sementara itu, semasa protes ini sedang berjalan seorang peserta perhimpunan tersebut telah bertindak di luar kawalan dengan mengangkat palang di salah satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit. Ini telah menyebabkan kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma. Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.

Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.

"Saya telah bertemu dengan orang PLUS di sini dan mereka kata akan lihat di kamera CCTV berapa kereta yang lalu. Ada dalam 30 buah juga yang lalu.

"Dan saya kata pada mereka, beritahu berapa dan saya akan bayarkan jumlahnya," katanya.

# Sewajarnya peristiwa yang berlaku ini perlu diteliti sedalamnya. Adakah berunsur politik atau kuasa atau lebih kepada kepentingan individu atau apa-apa saja yang akan menguntungkan sesetengah pihak untuk jangkamasa panjang. Bersama renunginya.

Kredit

Popular posts from this blog

Proses Jual Beli Air Mani Di China

Mohon maaf jika gambar terlampau ekstrem. Sebagai informasi untuk semua Pernahkah anda mendengar istilah donor sperma atau jual beli sperma? Mungkin istilah tersebut sudah tidak asing lagi. Daripada kita terus bertanya-tanya dimana tempat jual beli sperma atau donor sperma, mungkin ada baiknya kita intip dulu gambar-gambar kegiatan jual beli sperma atau donor(derma) sperma di China.  Syarat untuk menjadi seorang penderma sperma bukanlah pekara yang susah asal berbadan sihat dan tidak memiliki sejarah penyakit yang membahayakan Anda sudah boleh mendermakan sperma Anda. Untuk mendermakan spermanya, si lelaki tersebut hanya perlu mengganti pakaiannya dan berbaring terlentang menunggu 'pelayanan' dari para jururawat. Lelaki ini akan dilayani oleh seorang jururawat yang siap untuk 'memproses' alat vital atau penis mereka agar boleh mengeluarkan sperma yang diharapkan, dengan cara masturb atau onani di dalam ruangan terbuka dengan para penderma dan jururawat lainnya. ...
cikgu bersara, murid wajib derma Rm1.00. semalam ketika makan tengahari salah seorang sahabat saya meluah rasa kurang senangnya dengan tindakan sekolah meminta Rm1.00 seorang pelajar bagi menyediakan hadiah bagi salah seorang guru yang akan bersara. "sekolah ni ingat ibubapa ni cop duitke?, dah la yuran pibg mahal, wajib beli baju rasmi sekolah lagi, macam-macam duit derma keceriaan, ni cikgu nak bersarapun anak murid kena bagi duit untuk bagi hadiah. cikgu ni sesak sangat ke?", luahnya kasar. saya meletakkan kembali roti telur yang tadinya sedang saya suap ke mulut. saya tidak jadi memakannya. " ye la, anak akupun sama. semua minta duit rm1.00 untuk cikgu nak bersara tu. anak aku tiga orang, dah kena bagi extra rm3 semalam", balas saya dalam beremosi. dia mengangguk dan senyum kerana kenyataannya telah disokong. "kau tau tak, anak aku cerita, tahun lepaspun ada guru bersara juga, samalah semua murid kena bayar rm1.00 seorang. masa hari guru tu, ci...

Kos Bil Eletrik Dan Air Rumah Perdana Menteri & Timbalan RM160,000 Sebulan

Dengan kenaikan tarif eletrik terbaru yang rata-ratanya kesemua rakyat tidak bersetuju, Kerajaan meminta rakyat memahami keadaan kewangan dan ekonomi Malaysia serta kenaikan subsidi yang dikatakan membebankan. Tapi, bak kata pepatah “Macam ketam mengajar anak berjalan”, bil elektrik rumah Perdana Menteri dan juga Timbalan pula sampai RM 160,000 sebulan. Kos bil air kedua-dua rumah pula adalah RM 33,000 ribu sebulan. Apa kejadah! Pakai apa dalam rumah sampai bil eletrik dan air sampai begitu tinggi? Bagi kami, ini sememangnya membazir. Sangat membazir! “Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. ...